Juruteknik kempunan Mini Cooper, rugi RM14,800 ditipu ‘pak janggut’

Oleh – Syeikh Baran


Juruteknik kempunan Mini Cooper, rugi RM14,800 ditipu ‘pak janggut’

Hasrat seorang juruteknik untuk memiliki sebuah kereta terpakai jenis Mini Cooper terbantut setelah terpedaya dengan janji manis sindiket ‘keldai akaun’ sehingga mengalami kerugian RM14,800.



Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa berusia 45 tahun itu telah membuat beberapa transaksi atas talian ke akaun bank yang berbeza, baru-baru ini.

Menurutnya, mangsa menyedari yang dia telah diperdaya oleh sindiket apabila kereta yang dijanjikan itu tidak wujud setelah pembayaran dilakukan.

“Bertindak atas maklumat, seorang lelaki berusia 55 tahun berjaya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya di tepi Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas.

“Suspek dipercayai menjadi keldai akaun memperdaya mangsa dalam pembelian kereta terpakai jenis Mini Cooper melalui atas talian bersangkut laporan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP),” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Kamarul memberitahu, suspek telah ditahan reman dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.



Dalam perkembangan berkaitan, seorang lelaki yang dikehendaki polis turut ditahan di Kampung Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, semalam.

Hasil semakan mendapati suspek berusia 44 tahun itu dikehendaki bersangkut laporan di Bayan Baru.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button