Dua beradik antara tiga dituduh bunuh pencuci kereta

Oleh – Syeikh Baran


Dua beradik antara tiga dituduh bunuh pencuci kereta

Dua beradik lelaki antara tiga individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pekerja cuci kereta di Bedong, dekat sini kira-kira dua minggu lalu.



Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh, V. Mathavan, 36 dan adiknya, V. Navin Kumar, 27, serta R. Puvaneswaran, 31, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka bersama dua lagi individu yang masih bebas, didakwa membunuh S. Naarenthiran, 28, di lorong belakang sebuah premis cuci kereta di Taman Bedong Jaya, Bedong antara pukul 2.15 pagi hingga 2.30 pagi, 15 Ogos lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali.

Tiada jaminan ditawarkan kepada kesemua tertuduh dan mahkamah menetapkan 26 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.



Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia, Inspektor Nurain Safinah Minhat, manakala semua tertuduh diwakili peguam P. Vaasudevan.

Terdahulu, kesemua tertuduh turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini bagi pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang individu dengan cara menggunakan parang pada 15 Ogos lalu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button