Mayat bayi ditanam dalam simen parkir kereta

Oleh – Syeikh Baran


Mayat bayi ditanam dalam simen parkir kereta

Mayat reput dipercayai bayi ditemui ditanam dalam simen di kawasan tempat letak kereta sebuah rumah di Taman Sri Rokam di sini hari ini.



Difahamkan, penemuan mayat pada pukul 11 pagi itu susulan kerja-kerja baik pulih rumah oleh pengadu berusia 37 tahun.

Ketika kejadian, lelaki itu telah mengorek tanah untuk menyimen semula lantai di tempat letak kereta sebelum terjumpa cebisan kain sarung.

Lelaki itu yang menarik kain berkenaan bagaimanapun terkejut selepas melihat terdapat objek menyerupai mayat bayi di sebalik kain tersebut.

Sementara itu, usaha sedang dilakukan bagi mendapatkan pengesahan pihak polis berhubung penemuan mayat berkenaan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button