Kes tembak KLIA: 15 Oktober bagi baki serahan dokumen

Oleh – Syeikh Baran


Kes tembak KLIA: 15 Oktober bagi baki serahan dokumen

Mahkamah Sesyen Sepang menetapkan tarikh 15 Oktober depan untuk penyerahan dokumen bagi kes seorang pengurus sebuah syarikat agensi pelancongan yang didakwa cuba membunuh isterinya.



Hakim Amir Affendy Hamzah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memaklumkan sebahagian dokumen belum lengkap diserahkan kepada pasukan pembelaan.

“Saya dimaklumkan sebahagian dokumen telah diserahkan kepada pihak pembelaan. Namun, setakat ini yang diterima laporan forensik, manakala laporan lain masih lagi belum selesai.

“Justeru, pihak pendakwaan memohon satu tarikh sekali lagi untuk melengkapkan kesemua dokumen untuk diserahkan kepada pihak pembelaan sebelum tarikh bicara ditetapkan,” katanya.

Ketika prosiding hari ini, peguam Nik Azim Azlan yang mewakili Hafizul Hawari, 38, mengesahkan bahawa sebahagian dokumen telah diserahkan kepada pembelaan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button