La Liga: Real bimbang Vinicius termakan pujuk
La Liga: Real bimbang Vinicius termakan pujuk
MADRID – Bintang sensasi Real Madrid, Vinicius Junior mengejutkan pihak pengurusan kelab itu apabila menolak untuk mengadakan rundingan mengenai kontrak baharu, sebaliknya mahu menunggu sehingga penghujung musim.
Keputusan yang dibuat oleh pemain antarabangsa Brazil itu juga dikaitkan dengan spekulasi bakal menerima tawaran yang sangat lumayan daripada sebuah kelab yang berpangkalan di Arab Saudi.
Vinicius menjadi tonggak penting Real selepas berjaya meledak lebih 10 gol dalam aksi La Liga sejak tiga musim lalu di Santiago Bernabeu, malah musim lalu juga menyaksikan dia meledak 15 gol dan enam umpanan jaringan.
Dia juga meledak enam gol serta merencanakan lima umpanan untuk disudahkan oleh rakan sepasukannya dalam saingan Liga Juara-Juara termasuk meledak gol ketika menewaskan Manchester City pada aksi final musim lalu.
Terdapat laporan bahawa Vinicius telah ditawarkan kontrak oleh pasukan yang bersaing di Liga Arab Saudi yang bernilai £300 juta (RM1.73 bilion) untuk gajinya semusim dan dipaksa oleh beberapa individu di Real untuk menolaknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PPBM Mahu Didik Rakyat Supaya Derhaka?
- Permohonan Daim Untuk Tukar Hakim Di Tolak
- Kes Muhyiddin adalah kes menghina Uli Amri dan bukan kes SD
Malah, keputusan Vinicius menolak untuk mengadakan rundingan baharu bersama Real juga didalangi oleh kelab dari Asia Barat tersebut yang turut mengemukakan tawaran tambahan buat pemain itu.
Bagaimanapun, perkara yang menjadi pertimbangan utama Vinicius ketika ini adalah perpindahan ke Arab Saudi bakal memusnahkan impiannya memburu gelaran Ballon d’Or selain mungkin juga menyebabkan prestasinya merudum. – AGENSI
La Liga: Real bimbang Vinicius termakan pujuk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan
- Tanggungjawab Semua Parti Komponen Untuk Kembalikan Kegemilangan BN
- Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :