Malaysia sah anjur Sukan SEA 2027

Malaysia sah anjur Sukan SEA 2027

Malaysia sah anjur Sukan SEA 2027
MALAYSIA kembali menganjurkan Sukan SEA pada 2027 yang akan melibatkan empat negeri selepas kali terakhir menjadi tuan rumah pada 2017. – AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.

Penganjuran kali ini dianggap lebih istimewa apabila tiga negeri termasuk Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang sedia berganding bahu bersama Kuala Lumpur bagi menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan keputusan kerajaan menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 dan dipersetujui Jemaah Menteri.

“Sebelum ini, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang telah menyatakan kesediaan untuk menggunakan peruntukan masing-masing bagi menjadi penganjur bersama dengan Kuala Lumpur,” kata kenyataan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.


Sebagai rekod, pada edisi 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia selaku tuan rumah menunjukkan aksi cukup baik apabila muncul sebagai juara keseluruhan selepas memenangi 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.



Penganjuran Sukan SEA 2027 nanti akan menyaksikan Malaysia sudah terpilih sebanyak tujuh kali sebagai tuan rumah apabila turut menganjurkan Sukan SEA 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017. – KOSMO! ONLINE

Malaysia sah anjur Sukan SEA 2027


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button