Erra Fazira Primadona Filem Melayu Tetap Rendah Diri Walau Layak Digelar Datuk

Erra Fazira Primadona Filem Melayu Tetap Rendah Diri Walau Layak Digelar Datuk

Erra Fazira Primadona Filem Melayu Tetap Rendah Diri Walau Layak Digelar Datuk

Nama Erra Fazira, sinonim dengan gelaran Primadona Filem Melayu, sering kali disebut-sebut oleh netizen sebagai anak seni yang layak menerima gelaran Datuk.

Namun, meskipun prestasinya dalam dunia seni begitu gemilang dan diiktiraf ramai, Erra, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 50, masih belum dianugerahkan pengiktirafan itu.



Bagi Erra, persoalan tentang gelaran tersebut sering kali menimbulkan perasaan terharu dalam dirinya. Meskipun ramai peminat berpendapat bahawa beliau layak menerima pengiktirafan yang diberikan oleh Sultan atau Yang di-Pertua Negeri, Erra tetap merendah diri dan enggan mengambil berat mengenai perkara ini.

Erra Fazira Primadona Filem Melayu Tetap Rendah Diri Walau Layak Digelar Datuk

 

“Saya tidak ambil pusing tentang perkara ini. Saya bukanlah orang yang tepat untuk komen tentang isu ini kerana ini bukan bidang saya. Pada saya, ada ramai lagi selebriti senior yang lebih layak dan mempunyai jasa serta bakti untuk dapat gelaran Datuk,” ujar Erra.



Biarpun ramai yang menganggap dirinya layak, Erra lebih menghargai niat baik peminat yang menzahirkan pandangan tersebut. Bagi beliau, penghargaan daripada peminat adalah sesuatu yang sangat bermakna, walaupun tanpa gelaran rasmi.

Erra Fazira Primadona Filem Melayu Tetap Rendah Diri Walau Layak Digelar Datuk

“Kalau ramai yang berpendapat bahawa saya layak dapat gelaran Datuk, pada saya itu adalah pendapat mereka dan saya berterima kasih kerana itu sedikit sebanyak merupakan satu penghargaan buat saya. Biarlah saya tiada gelaran, tetapi apa yang mereka fikir dan rasa untuk saya sangat-sangat bermakna,” tambahnya lagi.

Namun begitu, pelakon filem Sembilu itu tidak menafikan bahawa sekiranya satu hari nanti dia dianugerahkan gelaran Datuk, ia akan dianggap sebagai satu rezeki yang amat disyukuri.



“Kalau dapat, saya anggap itu satu rezeki. Kalau ada rezeki Alhamdulillah. Kalau tiada, saya tetap teruskan hidup seperti biasa. Tak perlu nak rasa stres,” kata Erra dengan penuh ketenangan.

Dalam perkembangan terbaharu, wajah jelita Erra akan kembali menghiasi kaca televisyen setiap hujung minggu bermula September ini. Erra telah terpilih sebagai juri tetap dalam program Kilauan Emas musim baharu, yang memberi peluang kepada warga emas untuk mempamerkan bakat mereka.

Erra Fazira Primadona Filem Melayu Tetap Rendah Diri Walau Layak Digelar Datuk

 



“Saya sangat teruja apabila dipanggil semula untuk jadi juri. Bagi saya, program ini lain daripada yang lain. Kilauan Emas satu-satunya program yang memberi peluang kepada warga emas mempamerkan bakat mereka’.

“Peserta program ini lain dengan program pencarian bakat generasi muda. Mereka sudah berpengalaman, ada karakter tersendiri dan tidak terikut-ikut dengan cara orang lain,” kongsi Erra penuh semangat.

Erra Fazira Primadona Filem Melayu Tetap Rendah Diri Walau Layak Digelar Datuk

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button