Harakahdaily Siar Berita Palsu?

Harakahdaily Siar Berita Palsu

Harakahdaily Siar Berita Palsu?

 

Kerana tidak berhati-hati dan menyiarkan berita yang bersumberkan dari sosial media serta menyiarkan gambar lama, JPA memberikan teguran keras kepada lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

Isunya, Harakahdaily menyiarkan berita kononnya salah satu pejabat kerajaan di Kelantan masih kosong walau pun ketika itu sudah jam 9.00 pagi.



Waktu kerja kebanyakan kakitangan kerajaan adalah jam 8.00 pagi.

Berita palsu tersebut disiarkan Harakahdaily dengan tajuk Dah jam 9 pagi, seorang pun tiada di kaunter.

Harakahdaily turut memuatnaik gambar pejabat kerajaan bagi menyokong kesahihan berita tersebut.

Tetapi segala-galanya terdedah apabila pihak JPA membuat penjelasan.



Harakah Daily Siar Berita Palsu

JPA menjelaskan, gambar tersebut dimuat naik di dalam Facebook atas akaun B 40 Buat Perangai Apa Hari Ini.

Dan gambar tersebut adalah gambar lama yang telah dimuat naik pada tahun 2022 dan 2023.

Harakah Daily Siar Berita Palsu



Gambar tersebut ialah gambaran salah satu pejabat syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Tetapi atas sebab yang tidak diketahui,, lambang Air Kelantan Sdn Bhd sudah dikaburkan.

Ekoran itu, JPA meminta orang ramai supaya membuat aduan rasmi beserta dengan bukti kukuh terkini sekiranya berlaku perkara seperti itu.

Selepas JPA mendedahkan segala-galanya, Harakahdaily segera memberikan respon dengan berjanji akan lebih berhati-hati.



Namun tiada permohonan maaf dari Harakahdaily.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, gambar lama mengenai kaunter kosong di AKSB adalah benar.

Penjelasan mengenai isu tersebut telah dibuat oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Mohd Amar.

Menurut Mohd Amar, kaunter tersebut kosong kerana kakitangan bertugas pergi ke tandas.



Persoalannya, mengapakah harakahdaily mengitar semula berita dan gambar lama sebagai siaran terbaru mereka?

Dan mengapa pula logo syarikat Air Kelantan Sdn Bhd dikaburkan?

Mengapa tiada permohonan maaf dibuat selepas JPA membuat teguran dan pendedahan?

Adakah Harakahdaily masih lagi mahu menegakkan benang yang basah?



Semuga Harakahdaily lebih berhati-hati dalam menyiarkan berita selepas ini.

 

Harakahdaily Siar Berita Palsu?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button