Penganalisa Politik Akui Najib Masih Berpengaruh
Penganalisa Politik Akui Najib Masih Berpengaruh
Walau pun sudah 2 tahun bekas Perdana Menteri yang juga merupakan bekas Presiden UMNO, DS Najib dipenjara, namun beliau masih lagi disayangi rakyat dan akar umbi UMNO.
Walau pun ianya cuba dinafikan oleh pihak yang memusuhi beliau, namu itulah realitinya.
Perasaan benci tidak akan mampu mengatasi realiti.
Haters will always hate.
Realiti ini diakui sendiri oleh penganalisa politik profesional, Dr Azmi Hassan dari Akademi Nusantara.
Beliau berkata, DS Najib masih mempunyai populariti serta pengaruh dalam UMNO.
Dan pembebasannya dari penjara akan sentiasa digembar-gemburkan akar umbi.
Sama ada semasa Perhimpunan Agung Umno atau hari biasa.
“Sesiapa yang mendesak pembebasan DS Najib, termasuk DS Zahid akan dianggap hero.”
“Kerana ahli UMNO berpendapat DS Najib tidak dilayan secara adil walaupun melalui proses undang-undang.”
“Jika DS Najib keluar (dari penjara), UMNO sudah pasti lebih kuat dan mudah menarik sokongan Melayu.”
“Tidak kira sama ada DS Najib memegang jawatan dalam UMNO.”
“Atau hanya memainkan peranan di belakang tabir, (kehadirannya) akan memberi manfaat kepada UMNO,” jelas beliau.
Senada dengan beliau adalah Asrul Hadi Abdullah Sani yang pernah bersama penyedia khidmat nasihat strategi BowerGroupAsia.
Beliau mengakui bekas perdana menteri itu masih merupakan tokoh sangat disayangi dalam Umno disebabkan persona Bossku.
Dan popularitinya dalam kalangan akar umbi parti serta masyarakat Melayu.
“Ironinya, hukuman penjara membuatkan dia semakin diminati penyokong.”
“Saya rasa ramai pemimpin UMNO terkejut melihat bekas pemimpin mereka dipenjarakan dan keikhlasan itu ada.”
“Tetapi, tidak dapat dinafikan sokongan terhadap DS Najib juga boleh bermotifkan politik.”
“Ini disebabkan popularitinya dalam kalangan akar umbi parti,” jelas beliau.
Realitinya, keadilan DS Najib dinafikan bukan sekadar persepsi atau naratif yang dibuat oleh penyokong beliau.
Walau pun masih ada pihak yang membutakan mata dan memekakkan telinga mengenai perkara tersebut, namun itulah realiti yang berlaku.
Penganalisa Politik Akui Najib Masih Berpengaruh
Di Syorkan Untuk Anda:
- OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku
- Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan
- Tanggungjawab Semua Parti Komponen Untuk Kembalikan Kegemilangan BN