EPL: Van Dijk belum diberi tawaran baru

EPL: Van Dijk belum diberi tawaran baru

EPL: Van Dijk belum diberi tawaran baru
VAN DIJK hanya memiliki baki kontrak semusim yang bakal tamat Jun tahun depan, namun belum diberikan tawaran baharu oleh Liverpool. – AFP

LIVERPOOL – Kapten Liverpool, Virgil van Dijk hanya mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap saingan musim ini meskipun sedar belum ada perbincangan berhubung sambungan kontrak yang akan berakhir Jun tahun depan.

Pemain antarabangsa Belanda itu kekal tenang dengan situasi semasa selain tidak risau memandangkan kempen 2024/25 baru sahaja bermula dan dia hanya fokus untuk memberikan segala-galanya buat The Reds.

Van Dijk boleh dianggap sebagai legenda pasukan itu apabila sudah melakukan penampilan ke-100 ketika membantu Liverpool mencatat kemenangan 2-0 ke atas Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu.



“Saya kekal tenang dengan situasi berhubung masa depan saya di sini. Buat masa sekarang, fokus saya adalah untuk menjadi pemain penting kepada pasukan dan membantu rakan sepasukan yang lain.

“Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku nanti, tetapi saya tidak panik. Saya tidak perlu fikir mengenai perkara lain kerana saingan musim ini baru sahaja membuka gelanggang,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan




Pada masa sama, pemain berusia 33 tahun itu juga mengakui sudah semakin serasi dengan corak permainan diterapkan pengurus baharu, Arne Slot yang masuk menggantikan ikon Liverpool, Jurgen Klopp.

“Apa pun yang berlaku, Anfield akan sentiasa berada dalam hati saya. Saya bangga untuk menyarung jersi pasukan ini dan diharapkan kami boleh terus menunjukkan peningkatan bagi berdepan cabaran yang menanti,” ujar Van Dijk. – AGENSI

EPL: Van Dijk belum diberi tawaran baru


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Harakahdaily Siar Berita Palsu?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button