Panjang umur walau disengat 240 tebuan

Panjang umur walau disengat 240 tebuan

Panjang umur walau disengat 240 tebuan
BEKAS sengatan tebuan pada belakang badan Andrew Powell.

Cardiff: Seorang lelaki di United Kingdom bertuah kerana umurnya masih panjang walaupun menanggung 240 sengatan tebuan.

Dia bagaimanapun terpaksa bergantung morfin untuk beberapa ketika bagi meredakan kesakitan, selain menanggung trauma akibat tragedi itu.

Kejadian malang berlaku 18 Ogos lalu ketika Andrew Powell, 57, mahu meninjau ladang keluarganya di Brecon, Wales.



Katanya, sebaik berjalan keluar rumah, dia melihat segerombolan tebuan terbang ke arahnya dan mengesyaki ada individu atau mungkin petani yang mengusik sarang tebuan itu.

“Tebuan itu meluru terus ke arah saya dan saya berlari ke arah rumah sepantas mungkin, tetapi dalam beberapa saat ia sudah mengepung dan menyengat saya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan




“Saya dapat merasakannya hingga dalam seluar saya… ia ada di mana-mana.

“Ketika masuk ke dalam rumah, saya terlupa menutup pintu dan tebuan masuk ke dalam serta turut menyerang isteri,” katanya kepada BBC yang dipetik Oddity Central.

Powell bernasib baik apabila jirannya segera datang membantu dan membawanya ke Hospital Memorial Perang Brecon untuk mendapatkan rawatan.



“Saya terpaksa diberi morfin kerana kesakitan yang melampau dan mengalami reaksi alahan pada badan. Kakitangan hospital beritahu, jika saya lewat lima minit, mungkin sengatan itu membunuh saya,” katanya.

Lebih seminggu tragedi itu, Powell berkata, dia masih terasa perit bisa sengatan dan lemah kerana sebelum ini tidak boleh tidur disebabkan kesakitan yang melampau.

“Kesakitannya masih mencengkam. Setiap hari saya menemui banyak bekas sengatan. Ada 50 sengatan di sebelah punggung, 20 di belakang kepala dan 20 di leher saya, manakala isteri saya pula lebih 80 pada setiap lengannya.

“Sehingga kini saya tidak berani keluar rumah kerana takut diserang lagi,” katanya.



Panjang umur walau disengat 240 tebuan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button