CIMB Group catat untung bersih RM3.9 bilion
CIMB Group catat untung bersih RM3.9 bilion
Kuala Lumpur: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), berjaya merekodkan untung bersih sebanyak RM3.9 bilion, meningkat 14 peratus tahun ke tahun bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM3.42 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin berkata, pencapaian separuh pertama tahun ini mencerminkan satu lagi prestasi positif bagi kumpulan.
Katanya, pencapaian CIMB disokong oleh kepercayaan pelanggannya, kerjasama dengan rakan kongsi dan pelaksanaan strategi yang berterusan di bawah pelan strategik Forward23+ CIMB, sambil kekal responsif kepada trend semasa.
“Prestasi itu dipacu oleh pertumbuhan pendapatan operasi yang mantap, kawalan kos yang berdisiplin dan peningkatan dalam kualiti aset, disumbangkan oleh portfolio kumpulan Asean yang pelbagai, melayani semua segmen pelanggan.
“Budaya risiko kami yang kukuh juga terbukti menjadi kunci dalam memudahkan kumpulan untuk menguruskan risiko dan cabaran dalam pasaran semasa yang tidak menentu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanggungjawab Semua Parti Komponen Untuk Kembalikan Kegemilangan BN
- Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.
Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan
“Untuk mengukuhkan daya tahan operasi, kami sudah melabur dan akan terus melabur lebih jauh dalam teknologi, sistem dan proses untuk terus menyediakan persekitaran perbankan yang selamat dan lancar untuk semua pelanggan kami,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan kewangan separuh pertama 2024 CIMB di sini, hari ini.
Pendapatan operasi separuh pertama 2024 Kumpulan CIMB meningkat kukuh sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun kepada RM11.23 bilion, dengan pertumbuhan pendapatan faedah bersih (NII) sebanyak 6.7 peratus kepada RM7.65 bilion dan pertumbuhan pendapatan bukan faedah (NOII) sebanyak 13.2 peratus kepada RM3.58 bilion.
Selain itu, pertumbuhan pinjaman CIMB meneruskan momentumnya, meningkat 4.2 peratus daripada semua pasaran dan segmen, manakala deposit meningkat sebanyak 2.7 peratus, manakala nisbah akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) merekodkan 40.9 peratus pada Jun 2024, meningkat daripada 38.5 peratus pada tempoh sama tahun lalu.
Selain itu, kumpulan mencadangkan dividen interim pertama sebanyak 20.00 sen sesaham dan dividen khas sebanyak 7.00 sen sesaham.
Dividen interim adalah berdasarkan nisbah pembayaran sebanyak 55 peratus berdasarkan keuntungan bersih separuh pertama 2024, selaras dengan dasar dividen kumpulan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Permohonan Daim Untuk Tukar Hakim Di Tolak
- Kes Muhyiddin adalah kes menghina Uli Amri dan bukan kes SD
Sementara itu, Novan berkata pihaknya optimis untuk separuh kedua tahun ini, sambil berwaspada dan responsif terhadap arah aliran industri seperti tekanan ekonomi global dan turun naik pasaran yang berterusan.
Menurutnya, pihaknya sedang merangka pelan strategik yang seterusnya bagi Forward23+ CIMB yang akan siap menjelang akhir tahun ini.
“Kami akan mengumumkannya bersama keputusan penuh tahun kewangan 2024 kami dengan mengambil kira sumber daya, keperluan pelanggan, trend dan landskap kompetitif.
“Komitmen kami untuk melabur dalam perniagaan membuktikan kemampanan kumpulan berada di barisan hadapan dalam keseluruhan operasi kami.
“Kami berbesar hati dapat memberi perkhidmatan kepada semua segmen pelanggan daripada golongan kurang mendapat perkhidmatan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), korporat dan kerajaan di seluruh Asean dan akan terus memainkan peranan kami sebagai rakan kongsi kewangan yang bertanggungjawab untuk memajukan pelanggan dan masyarakat dalam pasaran yang kami beroperasi,” katanya.
CIMB Group catat untung bersih RM3.9 bilion
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penganalisa Politik Akui Najib Masih Berpengaruh
- Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MAS, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
- OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Harakahdaily Siar Berita Palsu?