Kes gangguan seksual babitkan pekerja bank disiasat

Oleh – Syeikh Baran


Kes gangguan seksual babitkan pekerja bank disiasat

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pekerja wanita sebuah bank di Taman Tasek Indera, Bercham dekat sini.



Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pasukan siasatan telah pun mengambil rakaman percakapan mangsa dan suspek berusia 52 tahun yang didakwa terbabit dengan kes itu baru-baru ini.

Katanya, kertas siasatan kes berkenaan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengeluarkan perkataan bagi maksud mengaibkan kehormatan seseorang.

“Laporan berkaitan gangguan seksual ini dibuat mangsa yang bekerja sebagai kerani di bank berkenaan pada 16 Ogos lalu, pukul 7.17 malam.

“Mangsa berusia 38 tahun itu mendakwa diganggu secara seksual di tempat kerja oleh suspek yang juga pegawai operasi bank tersebut. Kejadian itu dilaporkan berlaku pada tahun 2021,” katanya di sini hari ini.



Menurut beliau, pihaknya sedang melengkapkan siasatan kes berkenaan dan akan merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button