Pegawai bank rugi RM141,000 terpedaya pelaburan emas palsu

Oleh – Syeikh Baran


Pegawai bank rugi RM141,000 terpedaya pelaburan emas palsu

Seorang pegawai bank hanya mampu melihat ‘kekayaan’ di alam maya apabila pelaburan emas yang disertainya sebenarnya merupakan satu taktik ‘scammer’, menyebabkan kerugian RM141,000.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa yang berusia 46 tahun membuat laporan polis berhubung perkara itu, kelmarin.

Katanya, mangsa mendakwa terpedaya dengan satu pelaburan emas selepas nombor telefonnya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp, Mei lalu.

“Tertarik dengan iklan berkenaan pelaburan itu, mangsa menghubungi seorang lelaki iaitu ketua kumpulan WhatsApp tersebut dan bertanyakan tentang pelaburan berkenaan.

“Akibat dijanjikan pulangan sehingga 50 peratus daripada jumlah pelaburan, mangsa membuat 10 transaksi ke dalam beberapa akaun bank tempatan berbeza antara Mei hingga Jun lalu.



“Mangsa semakin gembira apabila melihat pelaburannya telah memberikan keuntungan sebanyak USD25,177.47 atau RM108,879.97. Namun apabila mahu mengeluarkan wang tersebut, suspek masih meminta mangsa menambah jumlah pelaburan,” katanya.

Tambah Raub lagi, akibat kerap meminta untuk mengeluarkan wang keuntungan tersebut, mangsa akhirnya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp berkenaan sebelum disedari telah ditipu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button