Da’i Syed menangis teresak-esak dijel 10 tahun, 3 sebatan rogol wanita

Oleh – Syeikh Baran


Da’i Syed menangis teresak-esak dijel 10 tahun, 3 sebatan rogol wanita

Pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.



Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh, Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 29, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Sejurus itu, suasana mahkamah bertukar pilu apabila bapa seorang anak itu menangis teresak-esak selepas keputusan berkenaan dibacakan.

Isteri pendakwah itu, Hana Ismail, 38, yang baru saja melahirkan anak 16 hari lalu memeluk Da’i Syed untuk menenangkannya.

Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini kira-kira pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.



Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button