Tammy Abraham ‘angkat kaki’ sertai AC Milan

Tammy Abraham ‘angkat kaki’ sertai AC Milan

Tammy Abraham ‘angkat kaki’ sertai AC Milan
Tammy Abraham berada di Stadium San Siro melengkapkan perpindahan secara pinjaman daripada AS Roma pagi ini.

MILAN – Kelab gergasi Serie A, AC Milan berjaya mengukuhkan jentera serangan selepas mengesahkan kehadiran penyerang antarabangsa England, Tammy Abraham daripada kelab AS Roma secara pinjaman awal pagi tadi.

Perjanjian saat akhir itu turut menyaksikan pemain Milan, Alexis Saelemaekers berhijrah ke Roma dengan terma pinjaman selepas kedua-dua pasukan tidak berjaya membuat pertukaran ‘suka sama suka’ sebelum jendela perpindahan ditutup secara rasmi.

Justeru, kedua-dua pemain ini hanya dapat berhijrah secara pinjaman selama semusim tanpa ada syarat pembelian tetap selepas kontrak berakhir nanti.



Abraham yang bakal menyarung jersi No. 90 bersama pasukan Rossoneri menjadi pemain kelima yang ditandangani selepas Alvaro Morata daripada Atletico Madrid, Strahinja Pavlovic (Red Bull Salzburg), Youssouf Fofana (AS Monaco) dan Emerson Royal (Tottenham).

Bekas pemain akademi Chelsea itu sudah berkelana ke saingan Serie A sejak tahun 2021 dengan mempamerkan prestasi memukau bersama Roma pada musim pertama apabila meledak 17 gol dalam saingan liga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan




Namun, Abraham kemudian bergelut dengan prestasi dan kecederaan apabila hanya mampu menjaringkan lapan gol pada musim 2022/2023 dan satu gol dalam lapan penampilan pada kempen musim lepas.

Difahamkan, keputusan Abraham untuk berhijrah daripada Roma adalah disebabkan persaingan tinggi selepas kelab Giallorossi untuk berjaya mendapatkan penjaring terbanyak La Liga musim lalu, Artem Dovbyk daripada kelab Girona awal bulan lepas. – AGENSI

Tammy Abraham ‘angkat kaki’ sertai AC Milan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button