Penjual mi berdepan siasatan kerana barang kemas
Penjual mi berdepan siasatan kerana barang kemas
Bangkok: Seorang penjual mi wonton terpaksa mendapatkan nasihat peguam selepas laporan berita yang menyatakan dia akan disiasat oleh Jabatan Hasil, selepas dilihat memakai perhiasan emas ketika berniaga.
Portal The Nation melaporkan, pemilik kedai mi wonton Hong Te di sebuah kampung di wilayah Nonthaburi yang dikenali sebagai Rangsan itu menjadi terkenal dalam kalangan netizen kerana memakai rantai dan gelang emas ketika bekerja.
Ramai netizen menggelarnya sebagai ‘Kek Sia’ kerana gemar dengan perhiasan emas.
Rangsan, 57, memberitahu media pada 28 Ogos lalu, dia bimbang sekiranya Jabatan Hasil menyiasatnya kerana dia hanya seorang penjual mi.
Lelaki itu berkata, dia memperoleh wang untuk membeli barang kemas itu dengan cara yang betul.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanggungjawab Semua Parti Komponen Untuk Kembalikan Kegemilangan BN
- Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.
Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan
Rangsan menjelaskan, dia membelanjakan kira-kira 80,000 baht (kira-kira RM10,104) daripada hasil menjual tanah kepada kakaknya untuk membeli beberapa perhiasan emas.
Katanya, dia berjimat daripada menjual mi sejak 32 tahun lalu untuk membeli lebih banyak perhiasan emas sehingga dia memperoleh sejumlah 375 gram emas dengan nilai satu juta baht (kira-kira RM133,000).
Jelasnya lagi, dia menyimpan keuntungan sebanyak 1,000 baht (RM126.30) setiap hari daripada hasil penjualan mi, tanpa membelanjakannya.
Tambahnya, dia mengelak daripada membeli jenama kopi mewah dan hanya makan makanan yang dimasak bersama keluarga di rumah.
“Saya menyimpan wang untuk membeli rantai emas besar kerana ia mendorong saya untuk terus bekerja,” katanya.
Ketika ditanya mengenai pengumuman baru-baru ini untuk membeli emas seberat 1.5 kilogram bagi memenuhi impiannya, Rangsan mengesahkan bahawa dia sedang menyimpan wang untuk ke arah itu.
Penjual mi berdepan siasatan kerana barang kemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penganalisa Politik Akui Najib Masih Berpengaruh
- Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MAS, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
- OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :