Anak lelaki pelakon Sepanyol bersalah bunuh kenalan

Anak lelaki pelakon Sepanyol bersalah bunuh kenalan

Anak lelaki pelakon Sepanyol bersalah bunuh kenalan

Bangkok: Mahkamah di Thailand, baru-baru ini, menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap anak lelaki pelakon terkenal Sepanyol atas kesalahan membunuh seorang pakar bedah plastik Colombia di sebuah pulau peranginan, tahun lalu.

Cef, Daniel Sancho Bronchalo, 30, didapati bersalah kerana membunuh Edwin Arrieta Arteaga di pulau pelancongan Koh Phangan pada 2023.



Kes itu menarik minat rakyat Sepanyol kerana bapa tertuduh, Rodolfo Sancho adalah seorang pelakon terkenal, dan ramai wartawan Sepanyol terbang ke Thailand untuk mengikuti perbicaraan berkenaan.

Peguam, Bussakorn Kaewleeled yang mewakili keluarga mangsa berkata, mereka gembira dengan keputusan itu.

“Kami berpuas hati dengan hukuman itu kerana dia akan dimasukkan ke dalam penjara, seumur hidup, dan keluarga mangsa menerima sedikit pampasan kewangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan


“Keputusan sudah diberikan, namun kedua-dua pihak mempunyai hak untuk merayu mengikut undang-undang Thailand,” katanya kepada media di luar mahkamah di pulau Koh Samui pada Khamis lalu.

Apabila ditanya mengenai reaksi Sancho, peguam itu berkata, tertuduh kelihatan sedih.



Sancho mendakwa dia membunuh Arrieta, 44, untuk mempertahankan diri dan mengaku menyembunyikan mayat itu tetapi menafikan memusnahkan pasport warga Colombia itu.

Ketika prosiding perbicaraan kes itu, mahkamah diberitahu Sancho mencincang mayat Arrieta dan memasukkan cebisan mayat ke dalam beg plastik, sebelum membuangnya di beberapa kawasan di sekitar Koh Phangan.

Walaupun Thailand masih mempunyai hukuman mati untuk beberapa jenayah termasuk pembunuhan terancang, bagaimanapun hukuman mati jarang dijatuhkan, dengan kali terakhir pada 2018.

Berdasarkan keterangan pada perbicaraan, Sancho dan Arrieta bersetuju untuk bertemu selepas mengenali satu sama lain secara dalam talian.



Anak lelaki pelakon Sepanyol bersalah bunuh kenalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button