Air China terima pesawat C919 pertama

Air China terima pesawat C919 pertama

Air China terima pesawat C919 pertama
C919 menampilkan konfigurasi dua kelas dengan 158 tempat duduk – lapan untuk kelas perniagaan dan 150 untuk kelas ekonomi. FOTO Reuters

Beijing: Pesawat C919 pertama yang diterima oleh syarikat penerbangan negara, Air China, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing, Khamis lalu.

C919 ialah pesawat berbadan sempit dengan enjin berkembar yang dibangunkan oleh pengeluar pesawat China iaitu Commercial Aircraft Corporation of China (Comac). Ia direka untuk menjadi pesaing kepada model terkenal seperti Boeing 737 dan Airbus A320.

China Daily melaporkan, pesawat yang dihiasi dengan bendera negara itu disambut dengan pancutan air sebagai sebagai simbolik menandakan kemasukan rasminya ke ruang udara republik itu.



Ini menandakan satu langkah penting dalam industri penerbangan China kerana C919 bakal menjadi ‘pemain utama’ dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

Pesawat itu mempunyai konfigurasi dua kelas dengan 158 tempat duduk iaitu lapan untuk kelas perniagaan dan 150 untuk kelas ekonomi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan




C919 dilengkapi dengan tempat duduk buatan tempatan, hiburan dalam penerbangan, video keselamatan dan kemudahan yang direka untuk meningkatkan pengalaman penumpang.

Air China berkata, ia akan menjalankan ujian darat yang ketat, penerbangan untuk pengesahan laluan, latihan pemindahan kecemasan dan pensijilan operasi untuk memastikan operasi komersial pesawat itu, lancar dan selamat.

Pada April lalu, Air China menandatangani kontrak dengan pembuat C919, Comac untuk 100 pesawat itu, dengan penghantaran dijadualkan dari 2024 hingga 2031.



Selain Air China, pesawat itu juga sudah dihantar kepada dua lagi syarikat penerbangan China iaitu China Southern Airlines dan China Eastern Airlines.

Air China terima pesawat C919 pertama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button