Hakim Brazil arah operasi X di negara itu ditutup

Hakim Brazil arah operasi X di negara itu ditutup

Hakim Brazil arah operasi X di negara itu ditutup
ELON Musk (kiri) dan Alexandre de Moraes. FOTO AFP

Brasilia: Hakim Mahkamah Agung, Jumaat lalu, memerintahkan penggantungan rangkaian media sosial X milik Elon Musk di Brazil, selepas bilionair itu gagal mematuhi perintah untuk menamakan wakil undang-undang baharu dalam syarikatnya.

Musk dalam pertelingkahan selama berbulan-bulan dengan Hakim Alexandre de Moraes, yang mengetuai ‘peperangan’ menentang maklumat salah di negara terbesar di Amerika Selatan itu.

Moraes mengarahkan penggantungan serta-merta, lengkap dan keseluruhan operasi X di negara itu.



Beliau mengarahkan Agensi Telekomunikasi Kebangsaan (Anatel) untuk mengguna pakai semua langkah yang perlu bagi melaksanakan perintah itu dalam tempoh 24 jam.

Hakim itu juga meminta Google, Apple, dan penyedia internet lain memperkenalkan halangan teknologi yang mampu menghalang penggunaan aplikasi X dan akses kepada platform berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan




Media sosial yang dulu dikenali sebagai Twitter itu mempunyai lebih 22 juta pengguna di Brazil.

Musk menutup operasi perniagaan X di Brazil, awal bulan ini, dengan mendakwa Moraes mengancam wakil undang-undang syarikat sebelum ini dengan penahanan untuk memaksa pematuhan dengan perintah penapisan.

Rabu lalu, Moraes memberitahu Musk untuk melantik wakil sah baharu syarikat itu di Brazil dalam tempoh 24 jam atau berdepan penggantungan.



Bos Tesla kelahiran Afrika Selatan itu dalam satu ciapan menggelar Moraes sebagai ‘diktator jahat yang berperanan sebagai hakim’ dan menuduhnya cuba memusnahkan demokrasi di Brazil.

Hakim Brazil arah operasi X di negara itu ditutup

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button