Tapak kaki dinosaur bukti Amerika Selatan dan Afrika bercantum
Tapak kaki dinosaur bukti Amerika Selatan dan Afrika bercantum
BRASILIA – Lebih 260 tapak kaki dinosaur serupa yang ditemui di Brazil dan Cameroon menjadi bukti bahawa rantau Amerika Selatan dan Afrika pernah bercantum menjadi sebahagian daripada benua gergasi, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Sekumpulan saintis dalam kajian mereka baru-baru ini berkata, Amerika Selatan dan Afrika merupakan sebuah benua berjuta-juta tahun lalu.
Mereka juga menganggarkan tapak kaki dinosaur yang ditemui itu berusia 120 juta tahun. Ketika itu, Amerika Selatan dan Afrika terdiri daripada sebuah benua besar dikenal sebagai Gondwana.
Penemuan fosil itu dibuat pada jarak lebih 5,954 kilometer jauhnya antara timur Brazil dan utara Cameroon.
Kedua-dua benua tersebut kini dipisahkan oleh Lautan Atlantik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanggungjawab Semua Parti Komponen Untuk Kembalikan Kegemilangan BN
- Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.
Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan
“Kami mengenal pasti dari sudut usia, tapak-tapak kaki ini serupa walaupun ditemui di dua benua berbeza,” kata seorang saintis berkenaan, Louis L. Jacobs.
Menurutnya, makhluk itu tinggal di sepanjang koridor Gondwana atau dikenali sebagai ‘lebuh raya besar dinosaur’ sebelum ia berpecah menjadi dua benua. – AGENSI
Tapak kaki dinosaur bukti Amerika Selatan dan Afrika bercantum
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penganalisa Politik Akui Najib Masih Berpengaruh
- Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MAS, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
- OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :