Ismail Sabri Party Man?

Ismail Sabri Party Man

Ismail Sabri Party Man?

 

Dalam rancangan podcast Keluar Sekejap yang dihostkan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan, beberapa kali KJ menyebut beliau mahu membetulkan sejarah.

Menurut KJ, sejarah mestilah berasaskan kepada fakta yang sahih dan bukan dibina dari naratif semata-mata.



Kita bersetuju dengan pandangan KJ.

Tetapi persoalannya, benarkah Ismail Sabri yang menjadi tetamu jemputan dalam rancangan tersebut memberikan fakta yang sahih?

Atau beliau cuba menggunakan podcast tersebut untuk mempromosikan diri beliau dengan menunggang beberapa nama dan isu tertentu?

Malah persoalan juga timbul, adakah apa yang KJ utarakan dalam podcast bersama Ismail Sabri itu adalah 100% berdasarkan fakta.



Serta adakah fakta yang dikemukakan itu telah dikeluarkan 100% tanpa menyembunyikan sebahagian darinya untuk membentuk naratif yang baharu?

Krisis Ismail Sabri dengan UMNO sudah menjadi rahsia umum bukan sahaja di kalangan akar umbi UMNO, malah rakyat keseluruhan.

Cubaan untuk membina naratif baharu dengan fakta yang salah hanya akan membuka pekong di dada.

Ismail Sabri Party Man?

Ismail Sabri cuba melabelkan beliau sebagai seorang party man atau orang parti.



Beliau memberikan beberapa contoh mengapa beliau layak dianggap sebagai seorang yang setia kepada parti.

Antaranya Ismail Sabri menyebut, apabila parti meminta beliau untuk membubarkan parlimen, beliau akur dengan permintaan parti.

Benarkah begitu?

UMNO meminta Ismail Sabri supaya membubarkan parlimen sebaik sahaja Barisan Nasional menang bergaya di Pilihan Raya Negeri Johor.



Pilihan Raya Negeri Johor diadakan pada bulan Mac 2022.

Ismail Sabri bubarkan parlimen pada bulan Oktober 2022.

Kenapa UMNO mahu parlimen dibubarkan sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Negeri Johor.

Sebelum Pilihan Raya Negeri Johor, UMNO telah memenangi beberapa siri Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri Melaka.



Momentum kemenangan UMNO di Pilihan Raya Kecil diteruskan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Pilihan Raya Negeri Johor.

Ketika itu UMNO dan Barisan Nasional berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum.

Juga ketika itu, parti lawan berada dalam keadaan yang sangat lemah akibat kekalahan berterusan di beberapa Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri.

Sekiranya Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan sebaik sahaja Pilihan Raya Negeri Johor, Barisan Nasional dijangka akan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian untuk penggal ke 15 parlimen.



Malah, ada pemerhati politik berpendapat, Barisan Nasional tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan 2/3 majoriti.

Tetapi apabila Ismail Sabri berdolak dalih untuk bubarkan parlimen, ianya memberi peluang kepada parti lawan menyusun kekuatan.

Dengan beberapa pemimpin UMNO sendiri, parti lawan berjaya menimbulkan krisis dalaman UMNO.

Keadaan menjadi semakin buruk, apabila DS Najib dimasukkan ke Penjara Kajang dalam keadaan tergesa-gesa.

Akibatnya, UMNO mencatat pencapaian terburuk dalam sejarah parti tersebut.

Beberapa Perjanjian Sulit Di Buat Tanpa Pengetahuan UMNO

Sudah menjadi rahsia umum, Ismail Sabri telah menandatangani perjanjian sulit dengan Muhyiddin untuk membolehkan beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Adakah Ismail Sabri berani untuk menafikan perkara tersebut?

Isu yang lebih besar, adakah perjanjian itu dibuat dengan mendapat restu Majlis Kerja Tertinggi UMNO?

Malah, Ismail Sabri juga didakwa telah membuat satu lagi perjanjian sulit dengan Muhyiddin bagi membolehkan beliau dilantik sebagai perdana menteri.

Ianya dikatakan dibuat dengan membelakangkan parti UMNO atau tanpa pengetahuan Majlis kerja Tertinggi UMNO.

Bolehkah Ismail Sabri membuat penafian atau sekurang-kurangnya memberikan pencerahan?

Sebenarnya banyak lagi perkara yang sudah berlaku tetapi tidak didedahkan oleh Ismail Sabri dalam podcast Keluar Sekejap.

Jadi, layakkah Ismail Sabri dianggap sebagai party man?

 

Ismail Sabri Party Man?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button