Jangan Tunggang Nama DS Najib Untuk Buat Come Back

Jangan Tunggang Nama DS Najib Untuk Buat Come Back

Jangan Tunggang Nama DS Najib Untuk Buat Come Back

 

Suka atau tidak, sama ada kawan atau lawan DS Najib dalam dunia politik mesti akui bahawa pengaruh beliau masih lagi kuat.

Bukan sahaja di kalangan akar umbi UMNO, malah di kalangan masyarakat Melayu di luar bandar masih menyayangi DS Najib.



Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan, masyarakat Melayu dan bukan Melayu di bandar juga kini semakin merindui beliau.

Namun inilah sebabnya mengapa DS Najib terus dizalimi dan keadilan untuk beliau terus dinafikan.

Pemimpin UMNO yang satu ketika dahulu mendapat munfaat yang besar dari DS Najib kini dilihat seperti takut kepada bayang-bayang sendiri.

Pemimpin politik yang dahulunya sebelum berkuasa dan berjanji akan pepmeprjuangkan keadilan untuk DS Najib, kini menyepikan diri setelah mendapat mendapat kuasa.



Mengapa?

Kerana mereka bimbang, seandainya DS Najib diberikan keadilan dan dibebaskan, kedudukan mereka akan terancam.

Tetapi mereka tidak sedar, DS Najib bukanlah manusia kacang lupakan kulit.

Beliau mendaki karier politik tanpa memijak sesiapa dan ketika beliau jatuh, beliau tidak mengheret sama orang lain untuk jatuh bersama.



Ketika Berkuasa Pernahkah Ismail Sabri Berusaha Berikan Keadilan Kepada DS Najib?

Admin tertarik dengan apa yang dikatakan Ismail Sabri yang dijemput sebagaibtetamu dalam podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan.

Ismail Sabri berhujah, beliau bertemu dengan DS Najib untuk mendapatkan sokongan supaya beliau boleh menjadi perdana menteri.

Menurut Ismail Sabri, DS Najib tidak pernah meminta supaya beliau diberikan pengampunan atau kes beliau digugurkan.

Tetapi apa yang DS Najib minta adalah beliau diberikan keadilan atau perbicaraan yang adil.



Kita akui apa yang dikatakan oleh Ismail Sabri.

Tetapi persoalannya, adakah ketika Ismail Sabri menjadi perdana menteri, beliau telah memastikan keadilan diberikan kepada DS Najib.

Biar rakaman audio yang berbicara.



Benar, sebagai perdana menteri, Ismail Sabri tidak boleh mencampuri urusan mahkamah.

Tetapi tidakkah dengan berdiam diri dengan kezaliman itu sama seperti dengan melakukan kezaliman tersebut.

Kalau pun tidak dapat berlaku adil kepada DS Najib, berlaku adillah dengan diri sendiri.

Tidak perlu berterusan menunggang nama DS Najib untuk membuat come back dalam politik.



 

Jangan Tunggang Nama DS Najib Untuk Buat Come Back

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button