PDRM siasat dakwaan Datuk Mashitah terlibat pemerdagangan manusia

Oleh – Syeikh Baran


PDRM siasat dakwaan Datuk Mashitah terlibat pemerdagangan manusia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PDRM diberikan sepenuh kepercayaan untuk menyiasat bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berhubung kes tersebut.

“Aduan (laporan) sudah dibuat dan PDRM juga membuka kertas siasatan. Jadi biar proses (siasatan) itu berjalan dahulu.

“Tidak perlu timbulkan spekulasi, saya serahkan kepada profesionalisme PDRM untuk menyiasat dakwaan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Kampung Baru Pulau Redang di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin Nasution mengakui jenayah rentas sempadan antara negara-negara Asia Tenggara amat membimbangkan.



“Semua negara (ASEAN) mengakui ‘trend’ jenayah rentas sempadan meningkat termasuk kes pemerdagangan manusia. Kita juga bersetuju berkongsi maklumat perisikan bagi membanteras jenayah rentas sempadan daripada terus berleluasa,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button