Kekasih dilamar rupanya sudah berkahwin, ada anak

Oleh – Syeikh Baran


Kekasih dilamar rupanya sudah berkahwin, ada anak

Satu klip video tular memaparkan seorang lelaki melamar kekasihnya di sebuah stadium bola sepak sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 



Menerusi rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @gilangcumasatu, pasangan kekasih itu dilihat berdiri di tengah-tengah stadium. 

Lelaki itu kemudian berlutut sambil menyarungkan cincin tunang kepada kekasihnya di khalayak ramai. 

Rakaman sama menunjukkan orang ramai bersorak melihat peristiwa romantis itu. 

Bagaimanapun, detik bahagia bertukar sedih apabila wanita tersebut diketahui telah bersuami  dan mempunyai anak.



Video itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Semoga sampai ke pelamin,” sindir seorang netizen. 

“Tak jadi iri hati,” sindir netizen lain. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button