Pelancong bermain Temple Run dalam kuil purba demi ‘content’

Oleh – Syeikh Baran


Pelancong bermain Temple Run dalam kuil purba demi ‘content’

Perbuatan seorang pesohor media sosial merakam dirinya berlari di sebuah kuil purba di Kemboja demi kandungan laman sosial mengundang kecaman, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 



Rakaman kejadian disiarkan di platform TikTok oleh akaun @angelinacdougherty. Klip video itu menunjukkan  dia dan rakan-rakannya melakonkan semula permainan video Temple Run dengan berlari dan melompat di dalam kuil.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah kuil Hindu-Buddha berusia hampir 900 tahun di Siem Reap, Kemboja. 

“Temple Run di Kemboja!” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu tular dan menimbulkan kemarahan netizen tempatan kerana mereka tidak menghormati kawasan suci tersebut. 



“Bagus,” sindir seorang netizen.

“Adakah pihak berkuasa Kemboja akan menutup kuil ini kepada pelancong?” kata netizen lain.  – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button