Identiti Harimau Malaya tak jejas tanpa Pan-gon
Identiti Harimau Malaya tak jejas tanpa Pan-gon
PEMERGIAN Kim Pan-gon tidak memberikan kesan besar terhadap identiti Harimau Malaya yang kekal bernafsu untuk mendapatkan keputusan positif pada kempen Pestabola Merdeka kali ini.
Walaupun peletakan jawatannya dibuat secara mengejut, jurulatih dari Korea Selatan itu sudah pun meninggalkan asas buat skuad kebangsaan khususnya dalam aspek mentaliti pemain yang sentiasa mendambakan kemenangan.
Berdasarkan aspek psikologi, pengendali negara, Pau Marti Vicente juga dijangka akan melakukan apa saja untuk memastikan debut sempurna selepas mengambil alih tugas ditinggalkan oleh Pan-gon.
Rabu ini, Harimau Malaya dijadualkan menentang Filipina untuk memburu tempat ke perlawanan akhir bertemu pemenang aksi antara juara bertahan, Tajikistan dan Lubnan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penganalisa Politik Akui Najib Masih Berpengaruh
- Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MAS, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
- OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku
Hadir selaku nama besar, Endrick juga sudah berikan amaran kepada rakan sepasukannya yang dia sanggup melakukan apa saja bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Memiliki ramai pemain berkualiti adalah bagus untuk pasukan dan jurulatih. Sebenarnya kami lebih suka untuk memiliki lebih ramai pemain bagus kerana kami datang ke sini adalah untuk bantu pasukan kebangsaan,” katanya.
Harimau Malaya yang memiliki enam slot perlawanan dalam tempoh tiga bulan sehingga November ini sedang memburu keputusan positif untuk memperbaiki ranking untuk berada dalam balang 1 pada undian kelayakan Piala Asia 2027, Disember nanti.
Identiti Harimau Malaya tak jejas tanpa Pan-gon
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .