Public Mutual isytihar agihan lebih RM57 juta untuk 4 dana
Public Mutual isytihar agihan lebih RM57 juta untuk 4 dana
Public Mutual isytihar agihan lebih RM57 juta untuk 4 dana
Kuala Lumpur: Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank, mengisytiharkan pengagihan tahunan lebih RM57 juta untuk empat dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024.
Dalam kenyataan pada Jumaat, pengurus unit amanah itu mengumumkan pengagihan kasar sebanyak lima sen seunit bagi Public Sukuk Fund dan PB Bond Fund.
Public Mutual juga mengisytiharkan pengagihan kasar 4.75 sen seunit untuk PB Sukuk Fund dan 0.40 sen seunit bagi PB Asia Pacific Dividend Fund.
Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih 180 dana di bawah pengurusannya.
Syarikat itu juga penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang diluluskan serta menguruskan sembilan dana PRS.
Public Mutual isytihar agihan lebih RM57 juta untuk 4 dana
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .