DSP polis didakwa ugut hantar gambar pembunuhan kejam

Oleh – Syeikh Baran


DSP polis didakwa ugut hantar gambar pembunuhan kejam

Seorang pegawai kanan polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengugut dua individu dengan menghantar gambar pembunuhan kejam seorang lelaki menggunakan aplikasi WhatsApp, lima bulan lalu.



Bagaimanapun tertuduh Deputi Superitendan K.K Ravindhran, 52, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Normaizan Rahim dan Amalina Basirah Md Top.

Mengikut kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa membuat ugutan jenayah tehadap dua lelaki yang merupakan kontraktor elektrik masing-masing berumur 42 dan 50 tahun dengan menghantar gambar berkenaan.

Perbuatan itu didakwa di lakukan di sebuah restoran di Jalan Pandan Indah dan di Stesen LRT Cahaya, pukul 7.57 dan 7.58 malam pada 27 April lalu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mahkamah masing-masing membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.



Tertuduh juga diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Tarikh 16 Oktober ini ditetapkan sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Semasa prosiding, kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal Rahim dan Norhidayah Abdullah Sani dan manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Ahmad Muhaiya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button