Geng Bala umpil rumah mewah tumpas

Oleh – Syeikh Baran


Geng Bala umpil rumah mewah tumpas

Kegiatan sekumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Bala yang aktif menyamun dan memcah masuk kediaman mewah di Johor Bahru, Kulai, Pontian dan Muar tersungkur selepas 11 ahli termasuk ketuanya diberkas polis.



Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, sembilan lelaki dan dua wanita itu ditahan dalam beberapa serbuan pada 12 hingga 26 Ogos lepas.

Kesemua mereka yang berusia 20 hingga 65 tahun dipercayai aktif melakukan jenayah tersebut sejak enam bulan lalu.

“Mereka menyasarkan kawasan perumahan mewah dan tiada pengawal. Mereka akan masuk selepas mengumpil pintu ‘sliding’ menggunakan kuku kambing dan pemotong besi.

“Suspek melarikan barangan berharga seperti barangan kemas, minuman keras berjenama, alat permainan dan lain-lain barangan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek berusia 65 tahun yang ditahan merupakan ‘pembeli’ barangan curi sebelum barangan tersebut dijual di pasaran.



“Polis merampas sebahagian barangan curi bernilai RM95,000,” katanya yang memberitahu lapan suspek mempunyai rekod kes jenayah dan dadah.

“Mereka direman sehingga 7 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397, Seksyen 457, Seksyen 411 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan manakala salah seorang suspek turut disiasat mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button