Serangan balai polis: Pendakwaan perlu masa sebulan sedia laporan kesihatan

Oleh – Syeikh Baran


Serangan balai polis: Pendakwaan perlu masa sebulan sedia laporan kesihatan

Pendakwaan terhadap lima ahli keluarga kepada suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada 19 Jun lalu akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada 24 September ini.



Hakim Rasidah Roslee menetapkan tarikh itu selepas pendakwaan memohon tarikh baharu bagi serahan dokumen melibatkan laporan pakar perubatan terhadap kesihatan mental kelima-lima tertuduh.

Mahkamah turut membenarkan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) pertuduhan keempat yang disabitkan terhadap tertuduh pertama, Radin Imran Mohd. Yassin, 62.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memerlukan masa kira-kira sebulan bagi penyediaan laporan pakar berkenaan.

Dalam masa sama, Yazid Mustaqim turut memfailkan pertuduhan baharu terhadap Radin Imran iaitu memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS) iaitu Hakikat Islam dan Hakikat Syirik oleh Abu Sulaiman Aman Abdurrahman.



Atas kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 130J-B(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Sementara itu, kelima-lima suspek yang diwakili peguam, Arief Firdaus Ashikin iaitu Radin Romyulah Radin Imran, 34; Rosna Jantan, 59; Farhah Sobrina Radin Imran, 32, dan Mariah Radin Imran, 19 tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.40 pagi. 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button