Gelagat Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anaknya Main Bowling [VIDEO]

Cetus Perhatian!-“Bola Patah Balik tu”

Gelagat Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anaknya Main Bowling [VIDEO]

Gelagat Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anaknya Main Bowling [VIDEO]

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.



“Geram Aku Dengan Budak Afwa Seketul Ni Tau”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafantastik yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 106 ribu, tanda suka sebanyak 1,578 dan sebanyak 47 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang membawa anak-anaknya untuk bermain bowling, namun gelagat comel Afwa dan Afiyah telah menarik perhatian ramai.

@sitinurhalizafantastic

Bila Afwa Bagi Five Dekat DS Siti Nurhaliza ☺️ #fyp #tiktok #queen #superstar #sitinurhaliza #penyanyino1malaysia #love #sports #live



♬ original sound – SitiNurhalizaFans – SitiNurhalizaFans

Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gemar melihat telatah anak-anak Tokti terutamanya Afwa. Tambah mereka lagi, Afwa kini kelihatan mirip seperti abangnya iaitu Asyraf Khalid.

Apa-apa pun, semoga Afwa dan Afiyah membesar menjadi anak soleh dan solehah yang taat pada kedua ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Gelagat Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anaknya Main Bowling [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button