Gelagat Che Ta Suruh Aaisyah Nyanyi Lagu ‘Patriotik’ Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

“Terkelu Lidah Member Tu”

Gelagat Che Ta Suruh Aaisyah Nyanyi Lagu ‘Patriotik’ Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Gelagat Che Ta Suruh Aaisyah Nyanyi Lagu ‘Patriotik’ Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.



Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Tergamam Dia Bila Mummy Suruh Nyanyi Lagu Patriotik”-Che Ta

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 51 ribu, tanda suka sebanyak 1,630 dan sebanyak 34 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang menyuruh Aaisyah untuk menyanyi lagu patriotik bersempena dengan hari kemerdekaan Malaysia baru-baru ini.

@rozitachewan1



Dia tergamam bila mummy suh dia nyanyi lagu patriotik🤣🤣🤣🤣 . Sebenaqnya mummy pun tk hapai🤣🤣🤣🤣 . Aaisyah kena game dgn mummy😜 . Sapa kt sini yg hapai???? Cepat komen .., baguihnya hampaaaaaaa.. We love malaysia 💋 . #aaisyahdhiarana #rcw #rozitachewan #cheta #fyp #ogos2024

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. mereka terhibur melihat reaksi Aaisyah yang tergamam apabila mendapat permintaan sebegitu dari ibunya itu.

Gelagat Che Ta Suruh Aaisyah Nyanyi Lagu ‘Patriotik’ Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button