Dua Kali Jho Low Terima Dana 1MDB Dari Shahrol

Dua Kali Jho Low Terima Dana 1MDB Dari Shahrol

Dua Kali Jho Low Terima Dana 1MDB Dari Shahrol

 

Mahkamah Tinggi diberitahu, Shahrol Azral, memindahkan dana 1MDB ke Good Star Ltd, syarikat dimiliki Low Taek Jho, sebanyak dua kali.

Peguam, Wan Azwan, yang mewakili DS Najib berkata, selepas transaksi pertama sebanyak USD700 juta pada 2009, transaksi kedua melibatkan USD330 juta pada 2011.



“Ini merupakan kali kedua Shahrol Azral memindahkan lagi USD330 juta dana 1MDB ke Good Star.”

“Jika pihak pendakwaan mencari bukti tentang sistem di 1MDB, mereka perlu melihat kepada saksi utama mereka sendiri, Shahrol Azral.” katanya dalam hujahan pada akhir kes pendakwaan.

Sebelum ini, dilaporkan sejumlah USD700 juta wang 1MDB dipindahkan ke Good Star pada 2009 melalui arahan Shahrol.

Manakala transaksi kedua sebanyak USD330 juta berlaku pada 2011.



Wang USD330 juta itu sebahagian daripada pengeluaran PetroSaudi International Ltd di bawah perjanjian pembiayaan murabahah (MFA) dengan 1MDB.

MFA dimeterai antara kedua-dua pihak.

Ianya selepas menamatkan usaha sama mereka yang melibatkan 1MDB menyuntik wang tunai USD1 bilion.

Tetapi USD700 juta dipindahkan ke Good Star.



Pada 2019, Shahrol memberi keterangan bahawa beliau hanya mengetahui Good Star dikaitkan dengan Low pada 2015.

Agak mengelirukan mengenai keterangan Shahrol tersebut.

Beliau mengaku mengetahui mengenai Good Star milik Jho Low hanya pada tahun 2015.

Tetapi atas arahan beliau sendiri, dana 1MDB sebanyak USD700 juta telah dimasukkan ke akaun Good Star pada tahun 2009.



Adakah Shahrol sebagai CEO 1MDB ketika itu memindahkan dana ke syarikat yang tidak diketahui pemiliknya?

Malah bukan sekali beliau membuat arahan memindahkan dana ke syarikat yang beliau tidak ketahui siapa pemiliknya.

Pada tahun 2011, beliau sekali lagi menggunakan kedudukan beliau sebagai CEO 1MDB untuk memindahkan dana sebanyak USD330 ke syarikat yang sama.

Lebih menghairankan, Shahrol yang menyebabkan kerugian sebanyak USD1.03 bilion 1MDB telah dijadikan saksi utama pendakwaan.



 

Dua Kali Jho Low Terima Dana 1MDB Dari Shahrol

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button