SG4 Syarikat Ekonomi Atau Syarikat Politik

SG4 Syarikat Ekonomi Atau Syarikat Politik

SG4 Syarikat Ekonomi Atau Syarikat Politik

 

Penulis tertarik dengan ulasan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dr Puad Zarkashi mengenai syarikat SG4.

Untuk rekod, SG4 adalah sebuah syarikat yang menggabungkan 4 negeri PAS, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.



Tujuan penubuhannya adalah untuk memantapkan ekonomi ke empat-empat negeri tersebut yang di kategorikan sebagai negeri mundur di Malaysia.

SG4 telah melantik mantan perdana menteri, Dr Mahathir sebagai penasihat ekonomi mereka.

Persoalan pertama yang diutarakan oleh Dr Puad Zarkashi adalah apa akan terjadi kepada SG4 sekiranya salah satu negeri bertukar pentadbiran.

Mungkin Kelantan atau Terengganu, perkara itu tidak akan berlaku dalam jangka masa terdekat.



Tetapi bagi Perlis dan Kedah, ianya adalah tidak mustahil dalam pilihan raya negeri yang akan datang pentadbiran negeri akan bertukar.

Sudah tentu pentadbiran baharu dari berlainan parti tidak akan menyertai SG4.

Jadi, apa status SG4 ketika itu?

Di jenamakan semula sebagai SG2 atau akan dibubarkan?



Dr Puad Zarkashi juga menjangkakan akan berlaku banyak masalah dari sudut pengagihan aset dan pentadbiran.

Kedah dan Kelantan kaya dengan simpanan bumi yang bernilai tinggi, manakala Perlis dan Terengganu tidak mempunyai kelebihan seperti mereka.

Maka adakah pengagihan pulangan SG4 akan dibahagikan secara sama rata atau mengikut peratusan sumbangan?

Sekiranya diagihkan secara sama rata, adakah Kedah dan Kelantan akan bersetuju?



Dan sekiranya diagihkan mengikut peratusan sumbangan, tidak ada munfaat besar yang akan diperolehi Perlis dan Terengganu.

Penubuhan SG4 Bertujuan Mengukuhkan Politik PAS

Ramai yang beranggapan Dr Mahathir adalah individu yang bijak dalam mengatur ekonomi.

Pendapat itu sebenarnya adalah pendapat yang sangat salah.

Kali pertama beliau menjadi perdana menteri, kita akui ekonomi Malaysia telah melonjak naik dengan begitu baik.



Tetapi itu bukan kerana kebijaksanaan Dr Mahathir.

Beliau berjaya kerana ketika itu beliau mempunyai kumpulan sokongan yang kukuh yang terdiri dari kabinet beliau.

Bagaimana dengan pencapaian Dr Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri kali kedua?

Ekonomi negara hancur, hutang luar melonjak naik, nilai Ringgit merudum dan aset negara dijual dengan banyak.



Jadi di mana kebijaksanaan Dr Mahathir di dalam ekonomi?

Penulis bersetuju dengan pendapat Dr Puad Zarkashi, SG4 sebenarnya syarikat untuk mengukuhkan politik PAS dan bukannya untuk mengukuhkan ekonomi 4 negeri.

 

SG4 Syarikat Ekonomi Atau Syarikat Politik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button