Sungai melimpah, 24 buaya ‘sesat’ di kawasan perumahan

Sungai melimpah, 24 buaya ‘sesat’ di kawasan perumahan

Sungai melimpah, 24 buaya 'sesat' di kawasan perumahan
FOTO tular menunjukkan buaya berhampiran dengan rumah penduduk di Bandar Vadodara. FOTO Agensi

New Delhi: Bandar Vadodara di Gujerat, India, baru-baru ini, diancam bahaya dengan kehadiran buaya dibawa limpahan air Sungai Vishwamitri ke kawasan perumahan.

Apa yang mengejutkan, ada reptilia itu dilihat berhampiran rumah penduduk.

Oddity Central melaporkan, keadaan itu menyebabkan penduduk Vadodara perlu berwaspada terhadap haiwan berkenaan.



Video tular menunjukkan buaya itu di jalan, di atas bumbung rumah. Satu lagi video tular menunjukkan sekumpulan buaya berenang di terusan, dengan seekor daripadanya mengheret haiwan yang dibaham.

Sungai itu menjadi habitat kepada ratusan buaya air tawar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?




Menurut The Hindu, 24 buaya ditangkap di Vadodara antara 27 dan 29 Ogos lalu.

“Buaya terkecil yang kami selamatkan adalah sepanjang 0.61 meter (m), manakala yang terbesar sepanjang 4.3 m yang ditangkap pada Khamis dari Kamnath Nagar yang terletak di sepanjang sungai.

“Penduduk tempatan memaklumkan kami mengenai buaya besar itu.

“Dua buaya lain, sepanjang 3.35 m, turut diselamatkan pada Khamis dari Bulatan EME dan kawasan lapang berhampiran Jabatan Zoologi Universiti MS,” kata Pegawai Hutan Banjaran Vadodara, Karansinh Rajput.



Sungai Vishwamitri yang panjangnya sejauh 17 kilometer (km) merentasi bandar Vadodara.

Mereka yang tinggal di sepanjang tebing sungai itu sudah biasa dengan pemandangan buaya di jalan raya semasa musim tengkujuh.

Bagaimanapun, pada tahun ini, sebilangan besar daripada reptilia itu terpaksa ditangkap dari kawasan perumahan.

Sungai melimpah, 24 buaya ‘sesat’ di kawasan perumahan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button