Sekolah di China naik taraf meja pelajar jadi katil

Sekolah di China naik taraf meja pelajar jadi katil

Sekolah di China naik taraf meja pelajar jadi katil
Di daerah Huichang, lapan sekolah baru-baru ini, dilengkapi dengan sejumlah 1,966 set meja dan kerusi yang boleh ditukar menjadi katil. FOTO Biro Pendidikan Dan Sukan Daerah Huichang

Beijing: Semakin banyak sekolah di China menaik taraf meja dan kerusi supaya ia mudah laras dan boleh ditukar menjadi katil.

The Straits Times melaporkan, kemudahan itu disediakan bagi membolehkan pelajar untuk tidur di kelas, dalam keadaan lebih selesa.

Sebagai contoh, Huichang iaitu sebuah daerah di wilayah Jiangxi di timur China, yang mana kerajaan tempatannya melengkapkan lapan sekolah dengan 1,966 set kerusi malas dan meja boleh lipat pada Ogos.



Hanya beberapa saat sahaja diperlukan untuk pelajar mengeluarkan tempat rehat kaki dari bawah kerusi.

Menurut pusat media rasmi Huichang, kemudahan itu membolehkan pelajar boleh bersandar ke belakang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Mampu Tawan Sabah




Pelajar juga boleh menaikkan ketinggian meja untuk menjadikannya sesuai untuk mereka berbaring ketika waktu rehat tengah hari.

“Sekarang kita boleh baring lurus,” kata Cai Minhui, pelajar di Sekolah Rendah Pusat Fucheng, iaitu salah satu sekolah di Huichang.

Penolong Pengetua Sekolah Rendah Pusat Fucheng, Liang Yuling berkata, perubahan itu akan membantu pelajar memberi tumpuan yang lebih baik di sekolah.

Di China, adalah perkara biasa bagi pelajar untuk tidur siang di sekolah pada tengah hari, lapor portal dalam talian milik kerajaan China, Sixth Tone.



Sekolah di China naik taraf meja pelajar jadi katil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Keangkuhan Hadi Akan Menghancurkan PN

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button