3 lelaki diberkas pukul warga asing dalam pub

Oleh – Syeikh Baran


3 lelaki diberkas pukul warga asing dalam pub

Tiga lelaki diberkas selepas dipercayai bertindak memukul seorang lelaki warga asing dengan menggunakan botol kaca di sebuah pusat hiburan di Bay Avenue, Bayan Lepas di sini, semalam.



Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, tangkapan ke atas ketiga-tiga suspek berusia 29 hingga 30 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Barat Daya menerusi Ops Cantas, bersangkut laporan di Balai Polis Queensbay.

“Berdasarkan laporan yang diterima, semasa pengadu berada di premis hiburan telah datang sekumpulan lelaki lalu memukul pengadu menggunakan botol kaca.

“Akibat daripada itu, pengadu mengalami luka pada bahagian kepala, tangan dan kaki,” katanya di sini, hari ini.

Beritahu beliau lagi, dalam kejadian itu pengadu juga mendapati wang miliknya berjumlah RM2,000 disyaki telah diambil semasa sedang bergelut dengan suspek.



Tambah beliau, suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button