Jurugambar PDRM ambil 35 keping gambar rumah Ebit Lew

Oleh – Syeikh Baran


Jurugambar PDRM ambil 35 keping gambar rumah Ebit Lew

Jurugambar Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa 35 keping gambar rumah tertuduh, Ebit Lew antara gambar yang diambil dalam kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal berkenaan.



Jurugambar yang juga saksi ke-10, Koperal Shahrul Sanudin memberitahu semasa diarahkan untuk mengambil gambar tempat kejadian yang terletak di Shah Alam, Selangor dia tahu itu adalah rumah tertuduh.

Kata saksi, dia diberitahu oleh Pegawai Penyiasat, Deputi Superitendan Noor Asyikin Shamsuri bahawa rumah tersebut adalah rumah tertuduh.

Dalam 35 keping gambar dalam P-57 (1-35) itu, saksi mengambil gambar bilik tingkat atas, gambar sisi dan tepi katil, gambar kepala katil dan corak wallpaper dinding, gambar bilik air dan gambar ruang bilik kedua dan ketiga.

Melalui keterangannya Shahrul menyatakan dia pergi ke rumah tertuduh bersama dengan pegawai D11 iaitu Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak serta pasukan forensik Bukit Aman.

Walau bagaimanapun, saksi memberitahu dia tidak ingat nama pegawai D-11 berkenaan kerana dia hanya mengenali pegawai penyiasat. Malah, dia tidak tahu tujuan pegawai D-11 ke rumah tertuduh.



“Saya hanya tahu pergi ke tempat kejadian untuk mengambil gambar,” katanya semasa sesi pemeriksaan balas.

Shahrul menyatakan tidak apabila ditanya oleh peguam bela, Datuk Ram Singh sekiranya saksi ada mengambil gambar di Tenom.

Mengenai barang kes yang rampas dari rumah tertuduh, saksi memberitahu dia tidak pasti apa yang dirampas oleh pegawai penyiasat kerana dia hanya diarahkan untuk mengambil gambar.

Dalam pemeriksaan semula, saksi memberitahu Timbalan Pendakwa Raya, Analia Kamaruddin bahawa gambar barang yang dirampas iaitu telefon bimbit milik tertuduh diambil di Pejabat D-11 Bukit Aman.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button