Syarikat swasta perlu contohi Khazanah Nasional beri gaji minimum RM3,000

Oleh – Syeikh Baran


Syarikat swasta perlu contohi Khazanah Nasional beri gaji minimum RM3,000

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua syarikat swasta mencontohi keupayaan Khazanah Nasional Berhad dengan menetapkan gaji minimun kepada pekerja sebanyak RM3,000 sebulan.



Katanya, nilai kemanusiaan syarikat swasta seharusnya melangkaui tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Sebab itu saya ucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada Khazanah kerana inilah satu badan yang menetapkan gaji minima bagi setiap pekerja dalam keluarga Khazanah RM3000 lebih.

“Syarikat swasta lain ikut sama (naikkan gaji minima). Jangan sambil membangun gedung tapi roboh nilai kehidupan” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Khazanah Nasional di Mitec, di sini hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Khazanah Nasional berkata, kadar keutamaan pembangunan negara juga harus menilai keadilan kepada pekerja.

“Keuntungan penting tetapi nasib pekerja juga penting,” jelasnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button