MAS Perlukan Penyelesaian Bukan Alasan

enMAS Perlukan Penyelesaian Bukan Alasan

MAS Perlukan Penyelesaian Bukan Alasan

 

Portal ini pernah mengulas dan mendedahkan pendapat beberapa pakar mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh syarikat penerbangan negara, MAS.

Syarikat penerbangan negara, MAS, pernah beberapa kali memenangi anugerah perkhidmatan penerbangan di peringkat antarabangsa.



Dalam artikata lain, MAS adalah antara syarikat penerbangan terbaik di peringkat antarabangsa.

Tetapi keadaan berubah dengan drastik apabila beberapa insiden yang memaksa pesawat MAS terpaksa melakukan pendaratan cemas.

Lebih membimbangkan kita, insiden itu berlaku secara berturut-turut.

Berikut beberapa insiden pendaratan cemas pesawat MAS:



9 Jan 2023

Pesawat Airbus A330 milik MAS mengalami masalah sistem bahan api yang serius semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne.

Membuatkan pesawat tersebut terpaksa melakukan pendaratan cemas di Melbourne.

Pesawat itu mendarat dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

3 Apr 2023

Sebuah pesawat MAS terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur sejurus selepas berlepas kerana mengalami masalah teknikal pada pesawat.



Kejadian ini menarik perhatian kerana laluan penerbangan yang tidak menentu, yang diperhatikan oleh penumpang dan pengawal trafik udara.

10 Jul 2023

Penerbangan sebuah pesawat MAS yang dijadual menuju ke Kuching terpaksa dibatalkan di KLIA selepas mengalami masalah teknikal.

Penerbangan ditangguhkan tetapi semua penumpang selamat.

14 Sep 2023

Sebuah pesawat Boeing 737-800 MAS mengalami gangguan di landasan semasa berlepas di Lapangan Terbang Melbourne.



Pesawat meneruskan penerbangan selepas masalah diselesaikan.

20 Jun 2024

Sebuah pesawat menuju ke Kuala Lumpur membuat pendaratan emas di Lapangan Terbang Hyderabad di India kerana masalah enjin.

Penerbangan tersebut membawa lebih 100 penumpang dan semua mendarat dengan selamat.

24 Jun 2024

Penerbangan MH780 dari Kuala Lumpur ke Bangkok terpaksa berpatah balik ke KLIA kerana masalah tekanan udara.



Pesawat tersebut membuat pendaratan kecemasan tetapi mendarat dengan selamat.

16 Ogos 2024

Sebuah pesawat dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Alice Springs, di Wilayah Utara Australia, kerana masalah enjin.

21 Ogos 2024

Penerbangan MH386 dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Shanghai terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas mengalami masalah tekanan kabin.

22 Ogos 2024

Penerbangan MH152 dari Kuala Lumpur ke Madinah berpatah balik sebab masalah teknikal.



2 Sep 2024

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Seoul berpatah balik ke KLIA sebab masalah teknikal

10 insiden berlaku dalam tempoh 21 bulan mestilah disiasat dan diambil tindakan dengan segera.

Yang paling dikesali adalah kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mengatakan bukan MAS sahaja yang pernah alami masalah teknikal.

Kita akui, masalah teknikal yang dialami syarikat penerbangan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Tetapi isunya sekarang adalah kekerapan ianya berlaku.

Secara perbandingan, berikut adalah masalah teknikal yang pernah dialami syarikat penerbangan lain:

Singapore Airlines (SIA)

15 Julai 2024: Penerbangan Singapore Airlines dari Singapura ke Los Angeles membuat pendaratan kecemasan di Tokyo akibat masalah enjin.

Thai Airways

28 Jun 2024: Penerbangan Thai Airways dari Tokyo ke Bangkok terpaksa melencong ke Taipei selepas kru mengesan asap dalam kabin.

Air Asia

Tiada.

Philippine Airlines

Tiada.

Cara terbaik untuk selesaikan masalah adalah dengan mengakui kelemahan.

Bukannya membuat perbandingan tanpa fakta.

 

MAS Perlukan Penyelesaian Bukan Alasan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button