PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin

 

2 September lepas, PAS mengadakan Sidang Kemuncak SG4 di Bangi, Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Terengganu, Wan Sukairi berkata, inisiatif itu akan membawa manfaat besar kepada keempat-empat negeri.



Ia juga dijangka akan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

“Ada dua sesi dalam program sehari yang diadakan.”

“Sesi pertama adalah merupakan sesi perasmian yang telah disempurnakan oleh penasihat utama kepada SG4.”

“Iaitu Dr Mahathir dan Hadi Awang.”



“Selepas itu kita juga mendengar penerangan dan juga pembentangan daripada empat menteri besar.”

“Mereka mewakili negeri daripada Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis.”

“Kita akan mendengar wawasan dan juga misi masing-masing tentang apa yang mereka lakukan.”

“Dan apa peluang yang ada di negeri masing-masing.”



“Alhamdulillah kami mendapat banyak pendedahan daripada pembentangan keempat-empat orang menteri besar tersebut,” jelas beliau.

DalamĀ artikel sebelum ini, portal ini mendedahkan beberapa masalah yang mungkin akan timbul dalam kerjasama SG4.

Kita akui, ianya adalah satu bentuk kerjasama yang baik.

Namun timbul persoalan, apa halatuju SG4 sebenarnya?



Adakah ianya akan menumpukan kepada pengukuhan ekonomi atau sebenarnya ke arah pengukuhan politik?

Namun timbul satu persoalan yang lebih besar selepas Sidang Kemuncak SG4 tamat.

Mengapakah tidak kelihat kelibat Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin?

Muhyiddin bukan penasihat utama dalam SG4.



Tetapi sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, beliau sepatutnya dijemput hadir sebagai menghormati beliau sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.

Atau mungkin juga Muhyiddin telah dijemput, tetapi beliau tidak dapat menghadirinya.

Setakat ini, pihak sekreteriat Sidang Kemuncak SG4 tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu tersebut.

Mungkinkah PAS kini melihat Muhyiddin sebagai liabiliti Perikatan Nasional kerana kes mahkamah beliau dan menantu beliau.



Kalau itu alasannya, Dr Mahathir juga kini sedang menghadapi kes mahkamah.

Atau PAS dan Dr Mahathir kini sudah bersedia untuk mengambil alih Perikatan Nasional dan SG4 adalah isyarat awal?

 

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button