Paralimpik Paris: Ziyad sumbang pingat perak
Paralimpik Paris: Ziyad sumbang pingat perak
KUALA LUMPUR – Hasrat jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk menebus kekecewaan di Tokyo, Jepun tiga tahun lalu tidak tertunai apabila meraih pingat perak pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Pada aksi final acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) yang berlangsung di Stade de France sebentar tadi, pemegang rekod Asia itu melakukan catatan terbaik menerusi percubaan ketiga dengan lontaran sejauh 17.18 meter (m).
Catatan itu bagaimanapun dianggap masih jauh dengan rekod Asia 17.43m yang dilakukan Ziyad ketika dia memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di Kobe, Jepun Mei lalu.
Pada edisi 2020 di Tokyo, Ziyad terlepas peluang meraih pingat apabila penyertaannya dibatalkan meskipun catatan 17.94m dilakukan sepatutnya melayakkan dia untuk merangkul emas dan memecahkan rekod dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Fadhli Shaari Salah Sondol
- Peguam Anggap Pendakwaan Atas Najib Sebagai Penganiayaan Politik
- Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .
Ia gara-gara kelewatan atlet berusia 34 tahun itu untuk melaporkan diri di bilik menunggu seperti yang ditetapkan, sekali gus memaksa kem Ukraine melakukan protes sehingga menyaksikan pingat emas Ziyad ditarik balik.
Sebagai rekod, Paralimpik Paris merupakan penampilan keempatnya di temasya sukan terbesar dunia itu dengan meraih satu pingat emas pada edisi Rio 2016, satu perak (Paris 2024) dan satu gangsa (London 2012).
Sementara itu, dalam aksi berasingan, atlet lompat jauh negara, Muhammad Nazmi Nasri menamatkan pusingan akhir saingan T37 (kecacatan fizikal) di kedudukan kelima dengan lompatan terbaik 6.00m. – KOSMO! ONLINE
Paralimpik Paris: Ziyad sumbang pingat perak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dua Kali Jho Low Terima Dana 1MDB Dari Shahrol
- SG4 Syarikat Ekonomi Atau Syarikat Politik
- Zahid tidak perlur cuti atau undur bukan ada isu,sekadar mainan persepsi PN sahaja.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :