YB Viral Mahu Buat Comeback

YB Viral Mahu Buat Comeback

YB Viral Mahu Buat Comeback

 

“Jangan terperanjat kalau saya berserban, saya nak jadi baik dan lebih baik,” kata mantan ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee atau YB Viral.

Norhizam yang sinonim dengan gelaran YB Viral berkata, beliau bukan sahaja telah dilamar oleh PAS.



Malah parti lain termasuk UMNO dan PPBM.

Namun memberi jangkaan akan menghentikan teka-teki mengenai parti yang akan dipilih dalam masa yang terdekat.

Beliau merancang untuk bertanding di bawah panji Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri akan datang, yang dijangka diadakan pada November 2026.

Saya nak buat comeback kerana rakyat Melaka masih perlukan saya.”



“Sebab sekarang mereka kata Datuk tak ada, sidang DUN sendu.”

Norhizam masih belum memilih parti komponen PN mana yang dia mahu sertai,” jelas beliau.

Tetapi tidak menolak kemungkinan ia adalah PAS.

“Ada parti yang dah intai saya, tapi sedang tengok mana yang ok.”



“Kalau saya masuk PAS pun apa salahnya, saya pakai serban dalam DUN nanti,” tambah beliau.

Norhizam, pernah menjadi ahli UMNO.

Meninggalkan parti itu untuk menyertai DAP pada 2006.

Dia kemudiannya berjaya memenangi kerusi DUN Pengkalan Batu pada 2018 di bawah tiket DAP.



Selepas rampasan kuasa politik Langkah Sheraton pada 2020, beliau keluar dari DAP untuk menjadi Adun bebas bagi menyokong kerajaan negeri BN dan PN.

Pada Oktober 2021, Norhizam menyertai tindakan bekas ketua menteri Umno Melaka Idris Haron untuk menarik balik sokongannya terhadap kerajaan ketika itu.

Kerajaan Negeri Melaka ketika itu dipimpin oleh Sulaiman Md Ali dari UMNO.

Langkah itu meruntuhkan kerajaan negeri, mencetuskan pilihan raya negeri.



DAP menentang permohonan Norhizam untuk bertanding pada pilihan raya negeri November 2021 di bawah tiket Pakatan Harapan.

Dia kemudian bertanding sebagai calon bebas tetapi kalah.

 

YB Viral Mahu Buat Comeback

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button