‘Ebit Lew minta saya buka pakaian, tapi saya tidak ikut’

Oleh – Syeikh Baran


‘Ebit Lew minta saya buka pakaian, tapi saya tidak ikut’

“Ebit Lew selalu meminta gambar saya, semua anggota badan saya. Dia suruh (arah) bogel. Dia minta saya buka pakaian, tapi saya tidak ikut permintaan dia.”



Demikian pengakuan pengadu yang juga saksi kesembilan sewaktu memberi keterangan dalam sesi pemeriksaan semula yang dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria.

Pengadu berkata demikian ketika diminta menjelaskan maksud dia menjawab setuju ketika ditanya peguam bela bahawa pengadu meneruskan panggilan suara selama 44 minit dan sekarang mengadu ‘tapi saya tidak ikut semua kehendak dia’.

Pengadu menjelaskan, dia tidak menghentikan panggilan suara selama 44 minit dan terus berbual dengan Ebit Lew kerana mahu mengetahui masalah pendakwah tersebut yang sering menghantar WhatsApp lucah, gambar dan meminta melayani nafsu seks.

Dalam keterangannya, pengadu memberitahu dia menjawab panggilan suara itu kerana Ebit Lew sering mendesaknya.

“Ebit mengasak (mendesak) saya. Dia balik-balik buat ‘missed call’, paksa saya untuk sambut (jawab) panggilan. Jadi hari itu, saya sambut.



“Saya rasa ingin tahu kenapa Ebit WhatsApp lucah dengan saya, minta layan kemahuan seks sebab saya tengok dia kerap muat naik dalam Instagram dan Facebook, dia baik sahaja dengan isteri. Jadi, saya mahu tahu apa sebenarnya masalah dia,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button