Polis tahan warga asing bawa dadah guna Bezza

Oleh – Syeikh Baran


Polis tahan warga asing bawa dadah guna Bezza

Polis menahan seorang lelaki warga asing dan merampas dadah jenis kokain bernilai RM430, 000 di tempat letak kenderaan pangsapuri di Bandar Baru Putra Nilai di sini.



Lelaki berkenaan merupakan salah seorang suspek yang berjaya ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, dalam Operasi Khas di sekitar Nilai, Negeri Sembilan, pada jam 4.30 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pada waktu kejadian, polis telah terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza dinaiki dua lelaki warga asing dalam keadaan yang mencurigakan di tempat letak kenderaan Pangsapuri di Bandar Baru Putra Nilai.

“Menyedari kehadiran polis, salah seorang suspek telah bertindak agresif dan berjaya melarikan diri manakala seorang lagi suspek telah berjaya ditangkap.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan telah menjumpai satu bungkusan warna coklat mengandungi dadah jenis kokain dengan anggaran berat 2,270 gram bernilai RM430,000,” katanya ketika dihubungi.



Abdul Malik berkata, semasa melaksanakan proses tangkapan, polis telah melepaskan dua das tembakan bagi tujuan mempertahankan diri.

Katanya, permohonan reman terhadap suspek yang berjaya ditangkap telah dibuat di Mahkamah Seremban dan suspek dibenarkan ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Selasa depan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button