Jurugambar dipenjara 24 tahun rakam kanak-kanak makan pisang, roti panjang

Oleh – Syeikh Baran


Jurugambar dipenjara 24 tahun rakam kanak-kanak makan pisang, roti panjang

Seorang jurugambar sambilan kekal menjalani hukuman penjara 24 tahun dan dikenakan 12 sebatan atas dua kesalahan mengarah dan menghasilkan pornografi dua kanak-kanak berusia 11 tahun di studio sebuah sekolah antarabangsa pada 2019.



Lelaki berusia 31 tahun itu ketika kejadian dilantik oleh pihak sekolah berkenaan bertindak sebagai jurugambar dalam pelbagai program anjurannya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan. Hukuman berkuat kuasa secara berasingan.

Pesuruhjaya kehakiman Dr. Wendy Ooi Su Ghee menolak rayuannya selepas berpuas hati rayuan itu tiada merit manakala pertuduhan yang dikenakan sempurna dan tidak mengelirukan.

Beliau mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 11 Disember 2023 yang mensabit dan menghukumnya atas kedua-dua pertuduhan.



“Hakim bicara dalam kes ini telah membincangkan kepentingan awam di samping menghantar mesej yang kuat kepada perayu dan masyarakat bahawa kanak-kanak bukan objek untuk memuaskan atau meredakan keinginan dan nafsu seseorang.

“Hakim bicara turut mendapati, definisi pornografi kanak-kanak telah dibuktikan melalui sesi pengambaran perayu ke atas kedua-dua mangsa menggunakan pisang dan roti panjang,” ujar Wendy Ooi dalam penghakiman bertulis bertarikh 2 Ogos lalu yang diperoleh pihak media melalui laman web mahkamah, hari ini.

Mahkamah Sesyen turut memerintahkan perayu menjalani pengawasan polis selama tempoh dua tahun selepas tamat pemenjaraan serta perlu menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button