Pekerja kilang dua bini didakwa cabul anak kekasih

Oleh – Syeikh Baran


Pekerja kilang dua bini didakwa cabul anak kekasih

Seorang pekerja kilang yang mempunyai dua isteri tidak mengaku salah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak teman wanitanya, bulan lalu.



Tertuduh, Azle Mongin, 50, bagaimanapun membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada enam anak didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 17 tahun di sebuah rumah di Parit Yaani, Batu Pahat pada pukul 3.01 pagi, 31 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, penjara selama 20 tahun dan juga sebatan.

Berdasarkan laporan dibuat, mangsa bersama dua adiknya tinggal bersama ibu di rumah sewa selepas kedua-dua orang tuanya bercerai.



Tertuduh sudah lama mengenali ibu mangsa malah kerap datang serta tidur di rumahnya.

Pada hari kejadian, tertuduh menyelinap masuk bilik mangsa tanpa pengetahuan ibunya sebelum melakukan perbuatan itu.

Pada mulanya, mangsa menceritakan kejadian itu pada ibunya tapi wanita itu tidak mempercayainya sebelum mengadu kepada bapanya yang kini menetap di Kulai.

Selepas dimaklumkan kejadian itu, mangsa ditemani bapanya membuat laporan di Balai Polis Yong Peng, dengan tertuduh turut ditahan pada hari sama.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Oktober ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam tertuduh.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button