Trio serangan England pilih tarik diri

Trio serangan England pilih tarik diri

Trio serangan England pilih tarik diri
PALMER (depan) antara tiga pemain terpaksa menarik diri daripada kem England disebabkan masalah kecederaan. – AFP

LONDON – Ketiadaan Cole Palmer, Ollie Watkins dan Phil Foden menghadirkan cabaran sulung buat pengurus sementara England, Lee Carsley pada aksi Liga Negara-Negara Eropah kali ini.

Masalah kecederaan pemain yang dihadapi sekarang memaksa Carsley memikirkan idea lebih baik bagi membuktikan kualiti sebenar yang ada pada dirinya.

“Cole Palmer, Ollie Watkins dan Phil Foden tidak dapat bersama skuad England pada perlawanan kali ini. Palmer dan Watkins akan kembali ke kelab untuk menjalani proses pemulihan.



“Foden yang tidak melaporkan diri ekoran masalah kecederaan juga tidak dapat bersama pasukan pada aksi dengan Ireland dan Finland. Setakat ini tiada sebarang perancangan untuk melakukan penambahan,” menurut kenyataan rasmi Persatuan Bolasepak England (FA).

The Three Lions yang hadir selaku naib juara Euro 2024 kini hanya memiliki 23 pemain dan dijadualkan menentang Ireland di Stadium Aviva, Dublin pada Ahad ini sebelum melengkapkan perlawanan kedua dengan Finland di Stadium Wembley, Rabu nanti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Bantah Syarat Isytihar Harta Dalam MoU




Seluruh pemerhati pastinya tertumpu kepada Carsley yang dipilih selaku pengendali sementara England bagi mengisi tempat Gareth Southgate yang meninggalkan pasukan.

Menariknya, Carsley mahu menggunakan aksi kali ini untuk memberikan peluang buat beberapa pemain baharu seperti Noni Madueke, Morgan Gibbs-White, Tino Livramento dan Angel Gomes mendapatkan penampilan sulung.

Harry Maguire dan Jack Grealish kembali ke dalam pasukan, namun Jude Bellingham serta Luke Shaw terpaksa disisihkan juga kerana masalah kecederaan. – AGENSI

Trio serangan England pilih tarik diri

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button