YouTuber terkejut robot anjing tembak api

YouTuber terkejut robot anjing tembak api

YouTuber terkejut robot anjing tembak api
TANGKAP layar menunjukkan YouTuber terbabit menuji robot anjing berkenaaan.

Washington: Seorang YouTuber Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, mengejutkan pengikutnya apabila memuat naik video robot anjing yang tiba-tiba menembaknya dengan api.

Berdasarkan video itu, YouTuber dikenali sebagai IShowSpeed ​​atau Speed itu menguji robot anjing yang dikatakan diperbuat di China dan didakwa berharga AS$100,000 (kira-kira RM434,650).

Rakaman video tular di di tepi kolam renang itu bermula dengan IShowSpeed ​​mengarahkan robot anjing itu supaya duduk dan memanjangkan kakinya.



YouTuber itu kemudian melompat ke belakang dan mengarahkan robot berkenaan mengikut pergerakannya.

Bagaimanapun, perkara lain terjadi ketika dia meminta robot anjing itu ‘menyalak’ dan ia tiba-tiba mula menembaknya dengan api.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Bantah Syarat Isytihar Harta Dalam MoU




Pada akhir video, IShowSpeed ​​melompat ke dalam kolam, menjerit supaya robot itu ‘berhenti’.

Video dimuat naik dengan kapsyen “AS $ 100,000 ROBOT DOG,” turut dikongsi di saluran YouTubenya.

Video itu meraih lebih 45 juta tontonan di Instagram (IG) dengan pelbagai komen daripada pengguna Internet.

“Ini sebenarnya gila,” tulis seorang netizen.



“Saya ingatkan ia adalah kesan khas pada mulanya,” tulis seorang lagi netizen.

“Kami boleh membeli anjing ini di Jerman hanya dengan AS$7,000 (kira-kira RM30,432) hingga AS$8,000 (kira-kira RM34,738),” komen pengguna lain

“China menghantar anjing itu untuk menyerang,” tulis netizen lain.

YouTuber terkejut robot anjing tembak api

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button